Thursday, January 26, 2012

thank you


heyya! :)
it has been almost 3 weeks now since I've started with my new shift.

I think my current working hour do suits me well ! :)
I feel relieved..
I am already out of "that" sophisticated atmosphere!

People keeps querying me about my decision.

I am OK;
I am happy.
and..
I feel free..

Thank you!
^__^

Sunday, January 15, 2012

terukir di bintang


ohh I've just love this beautiful song! :)






Monday, January 9, 2012

ohaiyoo


harini kan, bangun pagi rasa pelik..
ada sesuatu yang perlu saya buang daripada diri saya.
kenapa eh? saya rasa macam benda tu betul.
tapi sebenarnya, benda tu mungkin akan "membunuh" saya.
so..
baik saya "let go" jek..


--

haip! arini saya akan mula kerja dengan shift baru.
ramaaaiii orang tanya kenapa saya buat keputusan ini?
sedangkan,
waktu kerja saya sekarang ni, kira dah selesa..
jawapannya?
saya nak keluar dari zon selesa! :d (jawapan poyo)

sebenarnya,
banyak sudut yang saya fikir sebelum saya beri keputusan ni, 2 bulan lepas.
bukan mudah, yerp. bukan mudah.
 :)

so mulai hari ini..
no more normal life!
dan mulai hari ini juga......goodbye to the old Nur Azleen!




Sunday, January 8, 2012

oh, 2012!


ohho

kakak: adik! miss youh! 
adik: miss you too.

serius, adik saya bukan jenis yang lovey-dovey.
adik saya ni stok yang suka buat hati keras. lol

so bila dia respond cam kat atas tu kan,
rasa cam..
alahai..chweet nyaa (sweet ) adik kakak ;p 
hahhaha (matilah kalau dia baca entry ni nanti)

*update blog dengan incik tam pun sama-sama tengok screen, sibuk tau incik tam ni*

anyway,
Happy New Year, peeps! 
:)

Tuesday, December 27, 2011

i believe...


huwaa tak boleh tidur!
layan jela lagu baru irfan makki and maher zain,
I believe..




O Allah! I am waiting for the call..
Praying for the day when I can be near the Kabah wall..

Sunday, December 25, 2011

synergy


dulu saya ada seorang kawan.
beliau pernah bercerita kepada saya tentang hasil research seorang orang Barat bagaimana orang Islam boleh  mempunyai kuasa lebih berganda-ganda. kuasa apa ya?
(ah, saya kurang pasti ayat apa yang patut saya tulis untuk describe cerita ni)
kalau dilihat pada jawapan di bawah ni, kamu boleh agak tak soalan sebenarnya apa? hehe..

..

sebenarnya,
waktu itu.
saya ada jawapan saya sendiri.
tapi saya hanya berdiam diri.
tatkala beliau mula menyebut mengenai "makrifatullah",
kepala saya terus kepada satu perkataan ini.
"synergy".
orang melayu sebut : sinergi.

apa itu ma'rifatullah?
Mengenal Allah.
Ma’rifatullah merupakan ilmu yang tertinggi yang harus difahami manusia (QS 6:122). Hakikat ilmu adalah memberikan keyakinan kepada yang mendalaminya. Ma’rifatullah adalah ilmu yang tertinggi sebab jika difahami memberikan keyakinan mendalam. Memahami Ma’rifatullah juga akan mengeluarkan manusia dari kegelapan kebodohan kepada cahaya hidayah yang terang [6:122] .
kalau salah, mintak tolong betulkan ya.

Ma'rifatullah ~ Pencerahan bukanlah pada menghimpun maklumat dan pengetahun, tetapi membuka jalan kembara ingin mengenal Tuhan. - Abu Saif.

sinergi.
teori mudah secara umum:
1+1 = 2.

jawapan orang Muslim:
1+1 = 2 + yakin dengan iman kepada Allah

kalau mahu contoh lebih lanjut mengenai sinergi,
boleh cuba baca karya Hilal Asyraf yang bertajuk : Sinergi.
saya yakin makna Sinergi itu akan sampai kepada kamu, insyaAllah!





p/s: kadang-kadang cabaran itu datang apabila berbicara dengan orang yang tahu..tetapi tidak mahu. bak kata ustaz SaifulIslam:
"Berdakwah bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU agar bergerak menuju MAMPU.





cerita tanpa nama


ok, jangan meroyan pulak apsal tetiba saya nak upload cerita karangan sendiri.
muahahahha.
ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada.
sekadar cerita basi yang sejak beberapa bulan, masih di mukasurat dua. hehe.

---


"Eh? Aku dekat mana ni?"
"Aleeya?"
"Eh Sarah! Bila kau sampai?" Aleeya bangun dan terduduk. Mata digosok perlahan, mamai.
"Kau ni mimpi apa ni? Aku memang dah ada kat sini dari semalam kot?"
"Eh ye eh..sorry la aku termamai kejap". Aleeya sengih.
"Gaya sengih camtu ingat comel ke? Eh dah dah. Subuh nak habis dah ni. Bangun, solat. Cepat!"
"Haila Cikgu Sarah, kalau bab-bab membebel ni cepat aje!"omel Aleeya dalam perlahan.
"Aleeya!"
"Yela yela! , assolatu khairum minannaum~"
"Nakal". Sarah tesenyum melihat perangai sahabat baiknya, Aleeya Ariana.


"Kau cuti lagi hari ni Sarah? Ala..jeles betul aku. Boleh tak aku nak ponteng je pura-pura MC? Kau tau tak mana-mana klinik kasi MC free?"
"Leeya, ada kertas tak?"
"Nak buat apa?" Aleeya menyoal laju sambil tangannya sibuk meraba handbag, mencari pen dan kertas.
"Nak sign la! kata nak MC free? Muka aku ni tak ada gaya doctor ke?". Selamba Sarah menjawab.
Aleeya menjengil matanya. "Kau ni kalau tak gulakan aku pagi-pagi tak sah eh?"
Aleeya menarik muncung. Ketawa Sarah meletus!
"Aleeya, kerja tu amanah. Amanah tu dekat akhirat nanti Allah tanya balik. Kalau kau MC tapi kau sebenarnya sehat, agaknya apa kau nak jawab depan Dia anti eh? Dah jom la kita breakfast dulu. Mama dah tunggu dekat bawah". Aleeya termangu seketika. Langkah diatur perlahan. Mata menyorot ke arah Sarah yang sedang menuruni tangga. "Ala..aku kena pergi kerja jugak ke arini…" bisik Aleeya dalam hati.

"Aleeya Ariana!” laung mama.
"Yes mama, I am coming!” 



 --------
*ala malu. sorok muka bawah selimut.
bersambung la kot citer nih.
*tatau la bila!*

Tuesday, December 20, 2011

pixels





*sobs* 


"Ayah, jom p cuti-cuti Malaysia!"



Saturday, December 17, 2011

sabtu~


pagi Sabtu, yey!
seronoknya dapat rehat!
bekerja 6 hari seminggu, memang penat! (sangat)
tapi saya suka je.
saya suka bila saya sibuk, hehe..

kalau nak tahu apa ada dalam kepala sekarang,
meh tengok bilik saya.
serabut!
hahaha. 
saya selalu pesan kat adik dulu,
kemas bilik, baru la kepala kemas sikit. :)
ehe..
so arini dapat rehat, nak kemas la apa yang patut..

oh, rumah saya sekarang pun tengah macam tongkang pecah, sebab kami akan berpindah balik ke Kajang dari Serdang.
diam tak diam, rupanya dekat 7 tahun saya kat Kuarters Hospital Serdang tu.
duduk dalam kotak, haha.
oh, saya sangat berhajat nak cari apartment/kondo nanti. :)
insyaAllah, kalau ada rezeki.

sejak akhir-akhir ni, banyak benda yang saya belajar.
banyak yang saya observed.
saya tenang..Alhamdulillah.
saya..tak kisah.
dan saya tahu, itu adalah sesuatu yang positif untuk saya.
terima kasih buat semua yang memahami..
yang sudi mendengar cerita saya.

ya, saya pelik.
I do appreciate friendship, but I prefer to walk alone..
tapi, saya sayang sahabat-sahabat saya.
itu pasti.
:)

Jen, thanks.
sebab selalu ada.
sebab selalu positif.
sebab kau cuba dengan apa cara untuk faham aku yang pelik ni.
jangan serik ek? *haha*
Beb, kau pun sama.
walaupun kau bz, aku bz. tapi aku tahu kau akan kutip aku balik kalau aku jatuh satu hari nanti kan? :)


huuuuuuu.
suka gila suara awi rafael.
heheh.
layan jela!







Thursday, December 8, 2011

ter-ombak 2~


jauh.

mahu digapai;
tangan tak sampai.
mahu berdiri sama tinggi;
takut hati tak sudi.

jauh..

semoga sentiasa dilindungi oleh Dia selalu.
selamat hari lahir, manusia istimewa.
:)

~ ter-ombak.
*sobs*